Saturday, March 13, 2010

PENDAFTARAN KULIAH DARUSSYIFA' KUALA KANGSAR

Semalam telah dijalankan proses pendaftaran dan taklimat bagi pelatih baru Darussyifa Kuala Kangsar. Pendaftaran dan taklimat berjalan lancar seperti yang diharapkan. Adalah diharapkan perjalanan kuliah yang akan datang ini juga berjalan dengan teratur dan lancar. Jangan lupa kuliah pertama yang akan diadakan pada 28 Mac ini. Sekali lagi diingatkan bahawa kuliah ini hanyalah untuk ahli dan pelatih darussyifa' sahaja.

SALAM PENGENALAN

Ini adalah blog rasmi Darussyifa' Kuala Kangsar. Marilah kita berkongsi ilmu dan pengalaman. Saranan semua ahli adalah dialu-alukan.