Sunday, April 11, 2010

PENDINDING DIRI


Kuliah Perubatan Kali kedua pada hari ini, ahad 11 April telah membicarakan mengenai pendinding diri. Pada awal pagi lagi telah ada pelatih yang mengadu bahawa mereka telah sedikit terganggu ataupun diduga sebaik saja memulakan amalan. Biasalah tu, dugaan....ahaks

Ustaz Ikmal dari Darussyifa' pusat memulakan kuliah dengan asas perubatan. Setelah itu, Ustaz Zul membicarakan pula menngenai pendinding diri. Sememangnya pendinding diri ini sangat penting bukan saja penting buat peserta baru, malah mengingatkan juga ahli lama darussyifa' tentang kepentingannya. Selamat beramal dan "please activate your protection now".

TUAN GURU MERASMIKAN KULIAH DARUSSYIFA KUALA KANGSAR

Pada 28 Mac yang lalu Tuan Guru Ustaz Harun Din telah merasmikan kuliah perubatan Darussyifa di Kuala Kangsar, Perak. Kuliah kali ini telah berjaya menghimpunkan semua peserta dari seluruh Negeri Perak. Tahniah kepada semua peserta yang berjaya menunjukkan kesungguhan dalam menuntut Ilmu.